Sekapur Sirih

  

Bismillahir Rahmannir Rahiim,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Segala puji dipanjatkan kehadrat Allah Subahanahu Wata'ala, Selawat serta salam keatas Junjungan Besar Kita Nabi Muhammad Sallahuallaihi Wassalam, kaum kerabat, Para Sahabat serta Pengikut-Pengikut Baginda yang jujur lagi setia hingga ke akhir zaman.

Dengan mengucapkan syukur ke Hadrat Allah Subahanahu Wata'ala kerana dengan limpah kurnia rahmat, izin serta inayahnya jua, maka Jabatan Daerah Belait telah mempunyai Laman Webnya sendiri. Maka pada kesempatan ini saya dengan penuh keikhlasan dan sukacitanya merakamkan ucapan setinggi-tinggi-tinggi tahniah diatas kegigihan pihak Unit Teknologi Maklumat, Jabatan Daerah Belait sehingga dapat mengwujudkan Laman Web jabatan. Initiatif yang dibuat adalah sejajar dengan perkembangan persekitaran yang berlaku dalam dunia global yang kita lalui dewasa ini dan sifat responsif pihak jabatan terhadap kemajuan dunia masa kini dan juga expektasi masyarakat yang semakin meningkat terhadap peranan pihak jabatan, termasuklah penghulu-penghulu, ketua-ketua kampung dan Ketua-Ketua Rumah Panjang  Belait, lebih-lebih lagi Jabatan Daerah Belait ini adalah merupakan agensi kerajaan yang utama yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menjana kemajuan dan dalam memberikan perhatian serta memeduli akan kesejahteraan masyarakat khususnya penduduk-penduduk mukim dan kampung.

Dalam hubungan ini, Laman Web Jabatan Daerah Belait, diharapkan akan dapat dijadikan sebagai saluran penting yang akan turut berperanan dalam memberikan dan menyebarluaskan sebarang informasi atau maklumat yang berkaitan dengan peranan, tugas serta tanggungjawab Jabatan Daerah Belait. Disamping itu, ianya juga diharapkan akan memudahkan orang ramai khususnya penduduk di Daerah Belait untuk menyalurkan sebarang cadangan atau pandangan yang membena dalam kita sama-sama mengembangmajukan lagi Daerah Belait ke tahap yang lebih semerlang ataupun untuk menyalurkan sebarang aduan yang berkaitan dengan bidang tugas dan tanggongjawab Jabatan Daerah Belait.

Maka dalam menuju ke arah kecemerlangan dan juga untuk kebaikan Daerah Belait serta kemanafaatan seluruh penduduk di daerah ini, maka Jabatan Daerah Belait dengan sifat keterbukaan sangat-sangat mengalu-alukan sebarang pandangan atau cadangan yang membina untuk kemajuan dan kepentingan bersama.

Perpaduan, kerjasama yang telus, kemuafakatan serta kesepakatan  semua lapisan masyarakat adalah merupakan asas dan resipi yang sangat penting sebagai amalan kita dalam hidup beragama, berjiran, berkampung, bermukim, berbangsa dan bernegara. Maka jadikanlah Laman Web Jabatan Daerah Belait ini sebagai landasan kemajuan berteraskan prinsip-perinsip yang disebukan tadi.

 

Sekian dan Wassalam.

 

PEGAWAI DAERAH BELAIT                                                                                       23 Zulhijjah 1430 bersamaan 10 Disember 2009

 

 

   
 

 

Hak cipta terpelihara @ITSS,jdb